klikk !!!!! klikk !!!!! klikk !!!!!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAMAT DATANG DEKAT MUHAMMAD AZRI BIN MAZLAN BLOGGER DAN SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT MEMANFAAT BLOG INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA TERIMA KASIH

Friday, June 17, 2011

Amazing natural phenomena


Amazing natural phenomena

~Lunar Eclipse Malaysia JuN 2011~

Thursday, June 16, 2011

JOM SERTAI PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF


Macam best je pertandingan ni. Actually, sahabat saya yang recommend pertandingan ni.
Syarat2 nak join pertandingan ni senang.

1) mula-mula boleh la follow blog ni. Katanya, tiada paksaan nak follow. Haha.
2) kena buat entry ni. Tajuk seperti di atas.
3) Kena letak gambar ni. Ok dah letak.


4) letakkan link blog tu. ok, kat sini.
5) kena komen.

basically, rasanya blog ni masih baru. tapi mula mempromosikan blognya dengan cara yang menarik sekali ye. Apa salahnya sokong en. Baru baca beberapa entry. Not bad. Rasanya ada potensi untuk menjadi blog yang mantap. kepada sesiapa yang berminat, nak join and support blog ni at the same time, jom kita sama2 join pertandingan ni. :)

6) kena tinggalkan link post ni dekat comment dalam post dye yang ini.
7) Alhamdulillah. Selesai.

Tips Nak Berhenti Merokok


Sebagai pendahuluan, saya nak tanya (bagi yang merokok termasuk saya sendiri :

Kenapa kita merokok ?
Apa yang membuatkan kita nak merokok ?
Siapa yang patut menyedarkan kita daripada berhenti merokok ?
Siapa rasa gembira kalau kita berhenti merokok ?

Renungkan dan jawabla dalam hati anda okey ... 

Sini, saya nak kongsi sikit dengan product yang saya guna untuk berhenti merokok, saya boleh dikatakan "heavy smoker" sekarang, tak tahu kenapa tapi dah nasib kot ... keperluan rokok saya sehari sekotak lebih, huh! .. kalau kumpul semua kotak2 tu memang dapat bina model KLCC kot. Duit banyak terbazir dan mungkin penyakit datang nanti.

Berbalik dengan product yang saya nak share tadi, saya "cuba try test" product "NiQuitin". Satu kapsul NiQuitin ni mengandungi 4mg Nicotine, kalau sebatang rokok 1.5mg je kot.. Kapsul ni senang je nak makan, macam makan gula-gula tapi ada kesannya taw, kat dalam mulut kita akan ada rasa seperti benda yang mencucuk2, xla sakit sangat, nak tahu kenapa? mungkin itu la nikotine yang buat kita ketagih selama ni (bagi pehisap rokok termasuk saya). Kalau mula-mula makan kapsul ni memang rasa lain mungking selepas sebiji tu memang xnak lagi kot tapi sedap kot mcam gula-gula, tapi kalau nak berhenti merokok, kena ada azam yang tinggi! betul X? 

Kesan dari Sebiji kapsul NiQuitin : 
Saya makan sebiji, saya dapat tahan daripada merokok dalam masa 2-3 jam, kalau saya xmakan, mungkin dalam setiap 15minit saya hisap rokok, kadang-kadang kalau dah habis je sebatang rokok, tangan yang gatal nak merokok ni nak merokok lagi.

Harga dan Cara: 
Kalau kat farmasi mungkin RM70~ satu kotak, dalam tu ada 4 papan, 1 papan ada 12, jadi satu kotak ada 47 capsule, eh silap kira 48kapsul kesemuanya. Cara nak makan pula, kat dalam kotak ada bagi "description". bacalah ... 

Kat bawah ni ada sedikit gambar :



P.S : Saya tak bermaksud untuk meyinggung mana-mana pihak yang tersinggung, saya cuma ingin berhenti merokok, kurangkan merokok untuk mengelak penyakit-penyakit yang kita tak nak. I want to live longer! PEACE OUT

Suatu Ketika di alam perkahwinan


Hepi betul mamat nih....tak sabar la tu..hehe
Sejak dah bersedia nak jadi hak orang ni, dalam kepala dah tak ada fikir benda lain dah. Pantang jumpa perkataan kahwin, baju pengantin cantik, barang hantaran meletop , cincin murah, make up tip-top, mesti aku klik (tips nak dapatkan trafik dari aku! Haha!). Bukan la gatal sangat pun, tapi selagi semua benda tak selesai memang tak senang hati. Banyak lagi yang belum prepare. Aduh!

Ada sikit nasihat yang aku nak kongsi kepada sesiapa yang dalam mode macam aku ni. Jom baca.

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu kepada anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah kepada anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan meminta kepada ayah @ wali, tetapi meminta kepada Allah melalui ayah @ wali gadis tersebut.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah dihadapan kadi, tetapi bernikah dihadapan Allah S.W.T

KETIKA RESEPSI PERKAHWINAN
Catat dan hitung tetamu yang mendoakan anda, kerana jika suatu hari anda berfikir untuk bercerai, ingat kembali berapa ramai yang anda telah sia-siakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda berdua sepasang anak manusia dan bukannya sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa bukan hanya ada jalan bertaburan bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAHTANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, sebaliknya semakin erat.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah pasangan anda sedalamnya.

KETIKA SUDAH MEMILIKI ANAK
Cintailah pasangan anda dan anak-anak 100%

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar atas tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa kepada jasa pasangan anda yang sentiasa bersama ketika menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja dengan isteri dan bangkitlah dengan penuh tanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi berhasil menjalankan kewajipan sebaiknya.

InsyaAllah......^^

Wednesday, June 15, 2011

Punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja


Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa bagi masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Persoalannya apakah  faktor yang mendorong gejala ini ini terus berleluasa?
Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Keadaan ini berlaku kerana, ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Setelah keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.
Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.
Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi memilih jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan remaja yang berkelakuan tidak bermoral.
Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya patut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mesti dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan sejak kecil lagi. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.
Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Hindarilah gejala yang merosakkan akhlak kita semua (TABIK SETAN)


Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.



Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.





Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...?????? Renung-renungkalah.....Nauzubillah..

Monday, June 13, 2011

Pantun bagi orang sakit hati....ihihihihih

Ditujukan khas kepada sesiapa yang sakit hati supaya senang hati Senyum selalu

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, "Cash On Delivery"!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima 
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

klikk !!!!!klikk !!!!!klikk !!!!!